Free Dog Run Cursors at www.totallyfreecursors.com

muzik Karnatak - muzik Klasik India

      Muzik klasik India merupakan salah satu muzik yang tertua. Muzik India bermula kira-kira abad ke-2 selepas masihi. Di percayai perkembangan muzik india berlaku selepas bangsa Arya bermingrasi ke India kira-kira 1500sm. Muzik india terus berkembang dan menjadi penting pada abad ke 20 selepas merdeka pada tahun 1947 sebagai sibol keagungan, penghormatan dunia kepada muzik india. Menurut lagenda, muzik India ini mendapat inspirasi dari pemujaan para dewa dewi. Masyarakat India klasik percaya bahawa dewa Shiwa yang menciptakan suara,irama, dan tari-tarian lalu diturunkan  olehnya seseorang yang pandai untuk mengajar masyarakat India. Muzik klasik India merupakan muzik yang berasaskan kepada zikir dan ratib (keagamaan), muzik kuil dan muzik rakyat
      Setelah itu, kebanyakan negara-negara di utara India berada di bawah kepimpinan pemerintah Islam dari negara Turki dan Afghanistan (sehingga kira-kira 1700 dalam era baru, apabila British mengambil alih tapok pemerintahan). Pemerintah-pemerintah ini masing-masing membawa masuk pengaruh muzik Persia mereka sendiri, puisi, dan kesenian lain ke India. Ini membawa pengaruh yang besar kepada muzik klasik India di Utara India. Muzik Utara ini lebih dikenali sebagai muzik Hindustani. Di selatan India pula, ia mengekalkan gaya muzik yang asli, tetapi telah juga meresap ke dalam sejumlah sistem muzik rakyat di Selatan India . Kini, muzik Karnatak ini kukuh di empat negara Selatan India - Andra, Pradesh, Karnataka, Kerala dan Tamil Nadu.Muzik yang berkembang di Selatan India ini lebih dikenali sebagai Muzik Karnatak.
   
ALAT-ALAT MUZIK KLASIK KARNATAK.


Kanjira

* Alat muzik ini berfungsi seperti alat muzik kompang atau tar disesetengah tempat.
* Rangkanya diperbuat daripada kayu pokok nangka.

Nagasvaram



* Alat muzik Nagasvaram ini menggunakan double-reed dan diperbuat daripada kayu logam.
* Ia menghasilakan bunyi yang kuat.
* Ia merupakan alat muzik yang terkenal di India kerana ianya digunakan untuk memainkan muzik di kuil-kuil Hindu dan digunakan dalam upacara perkahwinan.

Chenda

* Chenda merupakan alat muzik yang berbentuk silinder dan digunakan dalam aktitviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala.
* Alat muzik ini digantung pada bandan pemain dan menggunakan dua kayu pemukul.

Mridanga




* Alat muzik ini merupakan instrumen perkusi yang utama dalam muzik Karnatak.
* pemain akan memalu permukaan yang kecil dengan tangan kanan, dan memalu permukaan yang besar dengan tangan kiri.
* Mridanga ini biasanya diperbuat dari pokok nangka.

Saraswathi Veena

* Alat muzik ini dinamakan Saraswathi veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat India.
* sejenis alat instrumen yang dimainkan dengan memetik tali.
* ia mempunyai tujuh tali.


Tampura/tamboora/tanpura




* Alat muzik Tampura ini merupakan instrumen bertali yang dipetik dan tidak mempunyai fret.
* Ia mempunyai 4/5 tali yang dipetik saecara satu persatu untuk mewujudkan not asas (dorn/brodun)

Sitar
* Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd(sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik.
* Mempunyai 5 hingga 7 tali dawai. (2 hingga 4 tali diggunakan unttuk memainkan melodi dan 3 tali untuk membunyikan dengung)


Ghatam
 * Alat muzik ini merupakan belanga yang diperbuat dari tanah liat.
* Pemain menggunakan jari, ibu jari, tapak tangan dan tumin tangan untuk memukul permukaan luar ghatam.
* Ton yang berlainan dihasilkan dengan menepuk bahagian yang berlainan di sekeliling belanga dengan setiap lain-lain bahagian tangan.

Morsing


* Alat muzik ini dimainkan dengan cara meletakkan instrumen ini di antara gigi dan dipegang rapi dalam tangan lain untuk menghasilkan bunyi.
* pergerakan lidah pemain semasa meniup dan menyedut udara melalui alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang berlainan.

Kotak Surti

* Kotak surti ini merupakan alat muzik kayu kecil yang berfungsi dengan menggunakan belos.
* ia digunakan sebagai iringan kepada instrumen lain terutamanya seruling.
* alat muzik ini sama saparti alat muzik harmonium dan menghasilkan dorn dalam muzik Klasik India.


Jalatarangam

* instrumen ini terdiri daripada satu set tembikar yang mempunyai pelbagai saiz dan diisi dengan air yang dikehendaki mengikut pic.

Jenis-jenis kaden dalam muzik

            Kaden adalah seperti tanda bacaan dalam sesuatu ayat. Dalam sesebuah lagu, satu frasa merupakan satu ayat . Justeru , akhiran frasa itu harus mempunyai tanda baca yang dinamakan “kaden” dalam muzik. Kaden ini berfungsi untuk membawa muzik kepada satu penutupan.keden ini terbahagi kepada dua iaitu yang pertama Kaden Lengkap dan Kaden tidak Lengkap.
            Kaden Lengkap ini terdiri daripada kaden perfek dan kaden plagal.

i)             Kaden Perfek. ( kord V – I )
ii)            Kaden Plagal ( kord IV – I )

            Kaden Tidak Lengkap ini pula merangkumi Kaden Imperfek dan Kaden Melencong.

i)             Kaden Imperfek ( kord I – V), (kord ii – V ), (kord IV – V )
ii)            Kaden Melencong ( kord V – VI).